Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Azeem kini bergelar Raja Pecut Sukma  -

Azeem kini bergelar Raja Pecut Sukma 

MUHAMMAD Azeem Fahmi menetapi jangkaan apabila muncul Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) XX MSN 2022 dengan mengungguli perlumbaan akhir 100 meter (m) di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. 

Pemegang rekod kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila melintasi garisan penamat dengan catatan 10.25 saat. 

Pingat perak menjadi milik atlet Johor, Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dan gangsa dimenangi atlet Negeri Sembilan, 

Menurut laporan Utusan Malaysia, rekod temasya masih dipegang oleh Khairul Hafiz Jantan yang mencatat 10.18s ketika melakukannya pada Sukma 2016 di Sarawak. 

Azeem pula memegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s yang dilakukan dalam Kejohanan Remaja Dunia di Cali, Colombia bulan lalu.