Pas tidak pernah layu walaupun tanpa Khairuddin – Sanusi

0
280

KETUA Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa parti itu sentiasa ‘segar-bugar’ dan aktif walaupun tanpa keberadaan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Menurutnya, perjuangan Pas dalam medan dakwah, tarbiah dan pendidikan juga tetap ‘lincah’ seperti sebelum-sebelum ini.

“Kita tanpa Khairuddin, Pas (tetap) segar (dan) bugar, dan (kekal) aktif (serta) lincah di medan politik, medan dakwah dan tarbiah dan pendidikan tanpa Khairuddin, (masih) lincah (dan) tetap aktif tanpa sebarang kelayuan.

“Pergimu (juga) tidak dirindui,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.

Mengulas mengenai cadangan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu supaya pemimpin UMNO dan Pas untuk membaiki hubungan didalam Muafakat Nasional (MN), Sanusi menegaskan bahawa perkara itu sudah dilakukan pimpinan dah ahli-ahli Pas dengan lebih awal termasuk turut menjadi usul yang dipersetujui didalam Muktamar Pas Pusat kali-68 yang diadakan di Kompleks Pas Kedah, awal bulan ini.

Terdahulu, Khairuddin mengajak pemimpin Pas dan UMNO kembali mengukuhkan hubungan sempena ulang tahun ketiga penubuhan Muafakat Nasional (MN) hari ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya pada malam Selasa, beliau turut menyeru bendera MN dikibarkan sempena ulang tahun gagasan itu yang diraikan pada Rabu.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan, beliau ‘berhenti’ daripada Pas dan bukannya ‘keluar’ daripada parti itu.

Justeru bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat turut meminta ahli-ahli merujuk kepada perlembagaan parti mengenai perbezaan ‘berhenti’ dan ‘keluar’.

Beliau turut mendedahkan secara terperinci mengapa keputusan berhenti daripada Pas dilakukan, termasuk tidak meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen sebagaimana tuntutan sumpah baiah calon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here