1,971 kes baharu COVID-19

0
193

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) semalam merekodkan 1,971 kes positif baharu COVID-19, menyumbang kepada sejumlah 4,803,624 kes yang dilaporkan sejak Januari 2020.

Laman sesawang COVIDNOW, menunjukkan tujuh daripadanya membabitkan kes import.

Sebanyak 2,389 kes sembuh dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan sejumlah 4,740,398 kes pulih daripada jangkitan COVID-19 di negara ini.

Ketika ini , sebanyak 26,949 kes masih lagi aktif dengan 25,648 atau 95.2 peratus menjalani isolasi di rumah.

Ia diikuti sebanyak 1,224 (4.5 peratus) kes dirawat di hospital dan lapan pesakit kini berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Seramai 69 pesakit menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 49 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan wad ICU di seluruh negara kini berada pada paras 58.0 peratus dengan 18.8 peratus menempatkan pesakit COVID-19.

Tiga kematian juga direkodkan semalam, menyumbang kepada sejumlah 36,277 kes setakat ini.

Masing-masing satu kematian dilaporkan Melaka, Pahang dan Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here