MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini memberitahu, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan berkuat kuasa serta-merta.
“Keputusan dibuat berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa.
“Bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.
“Selain itu orang ramai amat digalakkan memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan,” katanya memetik laporan Sinar Harian, sebentar tadi.
Berita lanjut menyusul
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.