Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kanak-kanak 3 tahun tertembak bayi 5 bulan -

Kanak-kanak 3 tahun tertembak bayi 5 bulan

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun di Amerika Syarikat secara tidak sengaja tertembak seorang bayi berusia lima bulan di sebuah rumah di Florida.

Penjaga kanak-kanak dan bayi itu didakwa atas kesalahan cuai, menurut polis, lapor Xinhua.

Penguatkuasa undang-undang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada Sabtu.

Paula Concepcion Santos, 25, ditahan polis dan didakwa atas kesalahan mengabaikan kanak-kanak, dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tampa.

Menurut laporan, keadaan bayi itu tidak mengancam nyawa, dan telah menerima rawatan sewajarnya.

Setakat Selasa, Santos masih berada dipenjara dengan bon US$15,000.

“Walaupun kami bersyukur bayi itu tidak mengalami kecederaan parah, kejadian ini harus menjadi peringatan kepada setiap ibu bapa atau penjaga untuk memeriksa dan menjaga senjata mereka dengan betul.

“Kanak-kanak sepatutnya tidak boleh mengakses senjata api, lebih-lebih lagi, senjata api harus sentiasa disimpan dalam peti besi berkunci dengan peluru disimpan secara berasingan,” kata Ketua Polis Tampa, Mary O’Connor. – BERNAMA