[VIDEO] Hormat, maruah, cinta kebaikan kunci Malaysia bersatu, harmoni – Muhyiddin

0
490

NEGARA Malaysia bersatu dan harmoni yang tidak dipisahkan oleh perbezaan agama serta bangsa boleh diwujudkan jika semua rakyat berbilang kaum melayan kaum-kaum lain dengan rasa hormat, bermaruah dan penuh kebaikan.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apa yang diperlukan adalah hati yang bersih, yang disusuli dengan kejujuran dan rasa belas kasihan.

“Apabila kita memiliki semua kualiti ini dalam hati kita, kita tidak akan melihat mereka yang duduk atau berdiri di sebelah kita sebagai ‘orang lain’, tetapi sebagai insan yang sama, yang berhak mendapat penghormatan dan belas kasihan tertinggi.

“Ini adalah Malaysia yang kita ingin lihat berkembang di masa kita dan juga di masa generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku biografi Tan Sri Datuk Dr. Ampikaipakan Kandiah – “The Doctor Will See You Now” di Kuala Lumpur pada Rabu.

Tan Sri Ampikaipakan merupakan kawan dan doktor peribadi Muhyiddin selama hampir 30 tahun dan turut bertanggungjawab menjaga dan mengurus kesihatan bekas perdana menteri itu ketika disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat beberapa tahun lalu.

Mengambil contoh persahabatan antara dia dengan Ampi, Muhyiddin berkata, rakyat Malaysia boleh bertemu rakan baik tidak kira apa latar belakang bangsa dan agamanya.

“Saya perlu kongsikan rasa belas kasihan mereka (Tan Sri Ampi dan isteri) kepada saya sehingga mereka mendoakan kesihatan dan kejayaan saya dalam sembahyang mereka.

“Seperti mana saya menghormati tanggugjawab mereka kepada agama mereka, mereka juga menghormati cara dan dedikasi saya kepada Allah dan Islam.

“Kunci kepada ini bukan toleransi tetapi dedikasi dan hormat. Ini bentuk hubungan yang kita berharap akan subur di negara tercinta ini,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here