Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ugut mahu sebar video bogel, lelaki ditahan -

Ugut mahu sebar video bogel, lelaki ditahan

SEORANG lelaki ditahan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur selepas disyaki melakukan pemerasan dengan menyebar video bogel sehingga memaksa mangsa membayar sejumlah wang kepadanya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah dalam kenyataan berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan pada 28 Ogos lepas dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan kemudian dibawa ke IPD Batu Pahat semalam untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 26 tahun pada Julai lepas  berkaitan satu ugutan membabitkan video bogel yang didakwa melibatkan dirinya.

Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengugut akan menyebarkan ‘video bogel’ terbabit sekiranya mangsa tidak membayar wang.

Mangsa kemudian memindahkan wang berjumlah RM1,900 ke akaun lelaki berkenaan.

“Lelaki itu direman hingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA