Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis terima 3 laporan kes rogol, liwat libat pelajar sekolah di Kota Bharu -

Polis terima 3 laporan kes rogol, liwat libat pelajar sekolah di Kota Bharu

POLIS menerima tiga laporan kes rogol membabitkan tiga pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan pada 2 dan 3 September lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner, ACP Mohd Rosdi Daud memaklumkan dua daripada kejadian rogol tersebut berlaku di kawasan sekolah yang sama melibatkan mangsa dan suspek yang berbeza, lapor Astro AWANI.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati kejadian yang dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing.

“Tiga suspek yang terlibat telah ditangkap dengan dua daripada suspek merupakan pelajar sekolah menengah dan seorang kelindan lori berumur antara 17 tahun dan 19 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.

Mohd Rosdi berkata hasil ujian saringan awal dadah ke atas kesemua suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan.