Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hakim tolak permohonan Rosmah minta tangguh keputusan -

Hakim tolak permohonan Rosmah minta tangguh keputusan

MENERUSI peguam belanya, Datin Seri Rosmah Mansor  memohon agar pendengaran keputusannya kes rasuahnya ditangguhkan.

Tindakan yang sama turut dilakukan suaminya, Datuk Seri Najib Razak sewaktu Mahkamah Persekutuan ingin memberikan keputusan rayuan akhirnya.

Peguam bela, Datuk Jagjit Singh memohon penangguhan tersebut bagi membolehkan pembelaan menyediakan afidavit balasan yang difailkan pendakwaan bagi menjawab permohonan mereka agar Hakim Mahkamah Tinggi menarik diri, lapor Utusan Online.

Mereka juga memohon agar keputusan yang dijadualkan disampaikan hari ini ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Pada lewat petang 30 Ogos lalu, pasukan pembelaan memfailkan permohonan agar Hakim Mohamed Zaini Mazlan menarik diri atas alasan telah berlaku ‘kebocoran’ penghakiman tersebut.

Bagaimanapun, Hakim Mohamed Zaini tidak membenarkan agar permohonan itu didengar pada tarikh lain dan mengarahkan agar pembelaan bersedia untuk berhujah.