Tun M positif COVID-19, kini dirawat di IJN 

0
279

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan positif jangkitan COVID-19 pagi ini.

Pejabat beliau dalam satu kenyataan ringkas di laman media sosial berkata, Ahli Parlimen Langkawi itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Ini bagi tujuan pemantauan selama beberapa hari.

Selain itu, kenyataan Pejabat Dr Mahathir itu turut menyebut bahawa tindakan itu dibuat berdasarkan nasihat pasukan kesihatan beliau.

Berikut tangkap layar kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here