Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
JKM cari ibu tinggal bayi di HSA -

JKM cari ibu tinggal bayi di HSA

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kepada bayi lelaki yang kini berusia 60 hari selepas ditinggalkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Julai lalu.

Pegawai JKM Johor Bahru, Maghfurah Mohd Zahir, berkata ibu kandung bayi berkenaan dilaporkan enggan membawa pulang bayinya selepas melahirkan.

Malah wanita dikenali Yuggeshini Michael Vincent berusia 26 tahun itu juga meminta pengurusan hospital untuk menyerahkan bayi berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Namun perbuatan ibu kandung bayi berkenaan menimbulkan masalah berikutan kelahirannya tidak didaftarkan selain proses discaj bayi berkenaan juga bertangguh.

“Bayi berkenaan dilahirkan pada 2 Julai lalu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) namun ibunya enggan memberi penjagaan kepadanya.

“Pengurusan hospital terpaksa merujuk bayi berkenaan yang dinamakan sebagai Damian kepada JKM untuk penempatan sementara,” katanya dalam kenyataan hari ini, memetik laporan BH Online.

Bayi berkenaan akhirnya dibenarkan keluar hospital pada 15 Ogos lalu dan ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor di sini.

“Penempatan berkenaan adalah bersifat sementara bagi membolehkan JKM menguruskan pendaftaran kelahiran bayi berkenaan serta mengesan ibunya untuk membincangkan soal perlindungan,” katanya.

Maghfurah berkata, orang ramai yang ada maklumat ibu kandung bayi berkenaan diminta menghubungi pegawai Pelindung JKM, Kasmah Anuar di talian 07-2232606/07.