Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bantuan Khas Kewangan: Penjawat awam Gred 56 ke bawah terima RM750, pesara RM350 -

Bantuan Khas Kewangan: Penjawat awam Gred 56 ke bawah terima RM750, pesara RM350

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah.

Menurut Perdana Menteri, bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen pula akan menerima BKK sebanyak RM350.

Beliau menjelaskan, pembayaran BKK itu akan dibuat bermula Januari 2023.

“Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera Kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi Kerajaan,” katanya hari ini,

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).