Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rakyat mahu kerajaan pulihkan ekonomi, bukan PRU -

Rakyat mahu kerajaan pulihkan ekonomi, bukan PRU

PAS berpandangan rakyat tidak mengharapkan Pilihan Raya Umum diadakan pada waktu ini.

Sebaliknya Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpendapat, rakyat inginkan kerajaan menumpukan usaha pemulihan ekonomi, termasuk mengatasi masalah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Tambah Mohd Amar lagi, tiada keperluan pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat.

Beliau melihat desakan bersifat politik dan mempunyai agenda tersirat.

Justeru, kata beliau, ahli politik wajar tunggu sahaja tamat penggal Parlimen ke-14 yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi.

“Saya tengok rakyat tidak mengharapkan pilihan raya sebab isu bagi rakyat hari ini adalah isu ekonomi, masalah sara hidup, masalah harga barang, itu sebenarnya bagi rakyat.

“Sebab itu pada pandangan saya, saya selalu sebut dua tiga kali, sepatutnya kita bagi peluang kepada Perdana Menteri untuk bekerja bagi menyelesaikan isu-isu yang rakyat hadapi ketika ini.

“Kalau kita buat pilihan raya dalam keadaan rakyat ini tertekan dan sebagainya, kos pilihan raya ini besar, jadi bagi saya, tidak ada keperluan sebenarnya,” jelasnya memetik laporan Astro AWANI.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sesi taklimat khas UMNO pada Sabtu sekali lagi mengulangi Pilihan Raya Umum perlu diadakan segera.

Jelas Ahmad Zahid mandat perlu dikembalikan kepada rakyat dan desakannya supaya diadakan pilihan raya itu merupakan suara akar umbi UMNO.