Pejalan kaki maut dirempuh kereta terbabas

0
239

SEORANG pejalan kaki maut dilanggar sebuah kereta Perodua Bezza dalam kejadian di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), berhampiran susur keluar Wisma Tani, pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku sekitar pukul 7.55 pagi ketika kereta tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun.

“Kenderaan jenis Perodua Bezza yang dipandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh seorang lelaki yang sedang berjalan di bahu kiri jalan.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa parah di kepala dan maut di lokasi kejadian manakala, pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilaporkan Kosmo!

Beliau berkata, mayat mangsa yang tidak dikenal pasti warga negara itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Mengulas lanjut, Noor Dellhan berkata, kes tersebut telah disiasat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here