Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU15: PH bertanding guna satu logo, reka bentuk baharu -

PRU15: PH bertanding guna satu logo, reka bentuk baharu

PAKATAN Harapan (PH) akan bertanding menggunakan satu logo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Bagaimanapun, satu reka bentuk baharu logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15.

Perkara itu diumumkan Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini, susulan ketetapan yang diambil pada mesyuarat bulanan mereka semalam.

“Majlis Presiden PH dalam mesyuarat bulanan semalam membuat beberapa ketetapan penting sebagai langkah persiapan dalam menghadapi PRU15.

“Dalam menghadapi PRU15, PH akan memberi fokus kepada usaha konsolidasi bagi memperkukuh PH itu sendiri.

“PH akan bertanding dengan satu logo, iaitu logo Pakatan Harapan.

“Satu reka bentuk baharu logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15,” katanya lapor Astro AWANI.

Majlis Presiden PH diwakili pengerusinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Pada PRU lalu, PH terpaksa bertanding di bawah logo PKR selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tidak meluluskan pendaftaran gabungan itu sebagai satu parti gabungan dan penggunaan logonya.

Isu logo itu timbul semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila PKR memutuskan menggunakan logonya sendiri manakala DAP dan Amanah memutuskan menggunakan logo gabungan itu.