Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Najib bakal berdepan pengalaman sukar - Anwar -

Najib bakal berdepan pengalaman sukar – Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Najib Tun Razak bakal berdepan pengalaman sukar meskipun maklumat yang diperoleh Presiden PKR itu mengatakan bekas Perdana Menteri itu akan ditempatkan dalam penjara lebih baik daripadanya.

“Penjara bukan tempat yang selesa. Ia sukar, terutama nak dibandingkan gaya hidup (Najib) seperti hotel tujuh bintang. Beliau akan berdepan pengalaman sukar,” katanya dalam wawancara bersama CNBC yang disiarkan portal FMT.

Anwar mendakwa Najib akan diberikan beberapa kemudahan.

“Dari apa yang saya faham daripada ‘rakan’ lama (yang juga) pegawai penjara, beliau akan diberikan layanan lebih baik, beliau akan diberi beberapa kemudahan,” katanya.

Awal hari ini, Jabatan Penjara menyangkal khabar angin bahawa Najib akan menerima layanan istimewa di Penjara Kajang, seperti ditularkan di media sosial.

Pada April 1999, Anwar dihukum penjara enam tahun atas tuduhan rasuah, manakala pada Ogos 2000, beliau dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana meliwat.

Pada 2004, beliau dibebaskan selepas sabitannya digugurkan. Bagaimanapun, beliau sekali lagi dipenjara pada 2014 kerana meliwat sebelum menerima pengampunan diraja. Beliau dibebaskan, pada 2018.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman kes SRC International, dengan Najib dihantar ke Penjara Kajang, susulan keputusan mahkamah tertinggi itu.

Keputusan itu menjadikan Najib sebagai bekas perdana menteri pertama dalam sejarah negara ini dipenjara.