Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keputusan mahkamah pulihkan maruah negara yang tercalar -

Keputusan mahkamah pulihkan maruah negara yang tercalar

Oleh DATUK JASRI JAMALUDDIN

Merujuk kepada keputusan mahkamah mengekalkan sabitan hukuman Penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta kepada bekas PM.

Keputusan ini menunjukan tiada sesiapa boleh lari dari kedaulatan undang-undang dan ianya memberi kesan yang sangat besar terutama pandangan masyarakat Antarabangsa kepada negara kita.

Media asing diseluruh dunia membawa berita ini sebagai tajuk utama dinegara mereka terutama media-media antarabangsa. Ini memberi gambaran sistem kehakiman negara kita mempunyai integriti yang cukup tinggi dan telus tanpa sebarang campur tangan politik.

Apabila mahkamah mengekalkan sabitan dan membawa YB Dato’ Sri Najib Razak terus ke penjara, maruah negara yang tercalar disebabkan isu SRC International dan skandal 1MDB telah dapat dikembalikan.

Walaupun isu rasuah 1MDB berjumlah RM2.6 billion masih lagi berjalan dimahkamah, sekurang- kurangnya dunia melihat Malaysia serius dalam menangani isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ia juga akan dapat mengembalikan kepercayaan serta keyakinan pelabur asing kepada Malaysia.

Keputusan ini juga memperlihatkan perjuangan YB Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berani menegur pemimpin negara yang melakukan salah guna kuasa sewaktu beliau didalam kerajaan sebelum ini berhasil.

Hari ini beliau berjaya memimpin Parti BERSATU yang pada asasnya menentang rasuah dan salah guna kuasa dalam pemerintahan sebagai wadah perjuangan, walaupun beliau terpaksa berkorban melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri mempertahankan prinsip ini akibat didesakan oleh kluster mahkamah.

Saya percaya hari ini adalah permulaan baru bagi kita untuk membawa negara kearah yang lebih baik. Membetulkan kerosakan dalam pemerintahan, mengutamakan perkara-perkara kebajikan untuk rakyat dan mempercepatkan pemulihan ekonomi.

Kerajaan sudah pasti boleh membuat perancangan menyeluruh semasa pembentangan bajet 2023 didalam masa terdekat, selari dengan Wawasan Kesejahteraan Negara 2030. Apa yang telah berlaku kita ambil sebagai pengajaran untuk masa depan yang lebih baik.

Penulis adalah Ketua Bahagian Bersatu Maran