Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pas Pulau Pinang sokong penyatuan ummah, mahu satu lawan satu PRU-15 -

Pas Pulau Pinang sokong penyatuan ummah, mahu satu lawan satu PRU-15

PAS Pulau Pinang menyokong pendirian Pas Pusat yang mahu memfokuskan agenda Penyatuan Ummah serta berusaha memastikan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Abdul Razib Abdul Rahim berkata, umum mengetahui Pulau Pinang merupakan nadi utama Pakatan Harapan (PH) dan DAP sekali gus menjadikan agenda penyatuan ummah parti-parti Melayu lebih penting di negeri itu bagi mengekang kemenangan PH-DAP.

Tambah beliau, pertembungan parti-parti Melayu di Pulau Pinang akan merugikan politik Melayu-Islam, justeru satu lawan satu harus dijadikan agenda utama di Pulau Pinang dalam PRU-15.

“Islam Menyatukan Ummah merupakan slogan yang wajar digalas dan didokong oleh semua penyokong serta pendokong PAS supaya usaha menyatukan parti-parti politik Melayu dapat dijayakan selari dengan syariat dan dasar parti.

“Penyatuan ummah ini penting serta memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat agar pemerintahan DAP di Pulau Pinang dapat digoyahkan dan kepentingan Melayu-Islam di sini tidak dinafi dan dianak-tirikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu tambah Abdul Razib, Pas Pulau Pinang menyeru semua pihak menghakis kepentingan peribadi dalam PRU-15 dan memastikan undi Melayu-Islam dapat disatukan bagi kesejahteraan serta keharmonian rakyat. – SB