Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kereta terbabas rempuh motosikal: Penjual ayam maut, jururawat parah -

Kereta terbabas rempuh motosikal: Penjual ayam maut, jururawat parah

SEORANG penjual ayam maut dirempuh kereta yang terbabas memasuki laluan bertentangan yang dilalui mangsa di Kampung Mulong, di sini, petang tadi.

Kejadian jam 2 petang itu menyebabkan Mohammad Syukrie Suludin, 29, maut serta merta akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata mangsa menunggang motosikal Yamaha Ego menghala Ketereh untuk menghantar ayam proses.

“Apabila sampai di lokasi, iaitu Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, sebuah kenderaan yang dipandu seorang jururawat dari arah Ketereh menghala Kota Bharu secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan yang digunakan mangsa.

“Tindakan itu menyebabkan kereta Toyota Vios yang dipandu wanita berkenaan melanggar penunggang motosikal menyebabkan mangsa tercampak sejauh 50 meter,” katanya dalam satu kenyataan, sepertimana dilaporkan BH Online pada Jumaat.

Beliau berkata, penunggang motosikal berkenaan meninggal dunia serta merta, manakala jururawat itu cedera parah di kepala dan tengkuk.

Jenazah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, manakala jururawat berusia 40 tahun itu pula dirawat di Zon Kuning, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dengan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.