Peguam Najib tarik diri jika tak dapat tangguh prosiding

0
212

DATUK Seri Najib Razak melalui peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik sekali lagi memohon di saat-saat akhir supaya Mahkamah Persekutuan menangguhkan pendengaran rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dihadapinya.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim, berkata mahkamah tidak ada alasan untuk menyemak keputusan sebelum yang menolak permohonan untuk menangguhkan prosiding itu.

Hisyam kemudian berkata, beliau memohon untuk menarik diri daripada mewakili Najib daripada prosiding rayuan berkenaan jika tidak mendapat penangguhan lapor BH Online.

Mahkamah berhenti rehat sebentar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here