Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Elon Musk rancang beli Manchester United? -

Elon Musk rancang beli Manchester United?

KETUA Pegawai Eksekutif dan Pengasas Tesla, Elon Musk mengumumkan beliau akan membeli kelab bola sepak Manchester United dalam satu ciapan di Twitter.

Bagaimanapun Musk, orang terkaya di dunia itu, mempunyai sejarah memuat naik ciapan media sosial yang tidak jelas sama ada hanya merancang atau benar-benar melakukannya.

“Juga, saya akan membeli Manchester United, sama-sama,” kata Musk dalam satu ciapan pada Rabu., lapor BH Online.

Manchester United adalah salah satu kelab bola sepak terbaik di dunia dan telah menjadi juara England sebanyak 20 kali serta pertandingan berprestij global, Piala Eropah sebanyak tiga kali.

Pasukan tersebut dimiliki oleh keluarga Glazer Amerika yang membeli kelab itu dengan harga £790 juta (AS$955.51 juta) pada tahun 2005

Namun ketika ini Glazer tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan kenyataan terbaharu Musk itu.

Kelab bola sepak itu mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$2.08 bilion, pada penutupan pasaran saham pada Selasa.

Peminat Manchester United dalam beberapa tahun kebelakangan ini memprotes tindakan Glazers yang tidak membawa masuk pemain terkemuka.

Ketidakpuasan hati peminatnya semakin membara apabila kelab itu menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, manakala saingannya Manchester City memenangi gelaran berkenaan dua kali berturut-turut.

Gerakan antiGlazer mendapat momentum tahun lalu selepas United terlibat dalam percubaan yang gagal membentuk Liga Super Eropah.

Terdahulu, peminat menggesa Musk untuk membeli Manchester United daripada keputusan untuk membeli Twitter.

Musk cuba untuk keluar dari perjanjian AS$44 bilion membeli Twitter, sekaligus menyebabkan syarikat media sosial itu membawa perkara berkenaan ke mahkamah.