Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sudah jatuh ditimpa ‘tanah’, cubaan rompak bank punah -

Sudah jatuh ditimpa ‘tanah’, cubaan rompak bank punah

SEORANG lelaki warga Itali ditarik keluar dari terowong bawah tanah yang runtuh selepas mengesyaki terowong itu digunakan bagi cubaan merompak sebuah bank berhampiran Vatican City.

Kejadian pada 13 Ogos itu menyaksikan berpuluh anggota bomba bertugas di tapak terowong sedalam enam meter sebelum berjaya membebaskan lelaki itu.

Lelaki daripada Rom itu dimasukkan ke hospital akibat kecederaan kritikal ketika anggota penyelamat mengambil masa selama lapan jam untuk mengeluarkannya dari runtuhan.

Selain itu, pihak polis mempercayai lelaki itu bekerjasama dengan tiga suspek lain untuk melakukan rompakan.

Kesemua suspek disyaki menggali terowong di bahagian bawah tanah sebuah kedai selama beberapa hari untuk sampai ke bank.

Menurut laporan, mereka merancang melakukan rompakan semasa cuti umum Ferragosto (Meraikan Augustus Caesar) apabila bank itu ditutup.

Sementara itu, polis dilaporkan berjaya menahan dua suspek lain ketika cuba melarikan diri dari tapak kejadian dan telah mendakwa dua lelaki berkenaan kerana cubaan mengelak daripada diberkas.

Seorang penduduk menetap di bangunan berhampiran, Michele, berkata mereka tidak mengetahui apa yang sedang berlaku kerana menyangka pengubahsuaian jalan sedang dilakukan. – Agensi