Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan tiga lelaki aktif pecah masuk kedai sekitar Lembah Klang,Melaka -

Polis tahan tiga lelaki aktif pecah masuk kedai sekitar Lembah Klang,Melaka

POLIS menahan tiga lelaki disyaki terbabit dalam empat kes pecah masuk kedai di sekitar Lembah Klang dan Melaka menerusi dua serbuan di Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata tiga individu berusia lingkungan 30-an ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pecah masuk sebuah pusat servis kereta di Jalan AWF Waterfront, dekat sini pada 5 Ogos lepas membabitkan kerugian RM30,000.

Beliau berkata susulan penahanan tiga individu, polis menyelesaikan empat kes pecah kedai di daerah Ampang Jaya, Subang, Sungai Buloh, di sini dan Alor Gajah, Melaka.

“Polis turut merampas beberapa barangan yang dilaporkan hilang dan semua individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata semakan mendapati dua daripada individu ditahan mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah rumah atau premis dengan melakukan pencerobohan dalam bangunan bagi tujuan melakukan curi.

— BERNAMA