Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis siasat sekumpulan lelaki bergaduh di Perai -

Polis siasat sekumpulan lelaki bergaduh di Perai

POLIS menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng Park, Perai di sini, pada 7 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku pada kira-kira 3.30 pagi dan suspek dipercayai menggunakan beberapa objek sebagai senjata untuk menyerang satu antara sama lain.

“Hari ini, pihak polis telah mengesan empat video yang tular masing-masing berdurasi 8 saat hingga 23 saat di laman sosial Facebook memaparkan kejadian pergaduhan sekumpulan individu di hadapan sebuah restoran nasi kandar.

“Hasil semakan mendapati setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat, siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek yang terlibat dan punca pergaduhan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Heng Boon Aun di talian 011-35235498 atau 04-5382222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. – BERNAMA