Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] PM jangan takut, tubuh segera RCI - Wan Saiful -

[VIDEO] PM jangan takut, tubuh segera RCI – Wan Saiful

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa segera mengambil tindakan tegas dan pantas berhubung isu projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Ismail Sabri tidak perlu takut dan berasa tertekan kerana ia adalah satu amanah daripada rakyat kepada Perdana Menteri.

“Saya menyeru PM supaya terus menubuhkan dan mengusahakan penubuhan RCI ini dengan segera. 

“Jangan terlalu tertekan oleh mereka yang cuba melarikan diri, jangan takut-takut, ini adalah satu amanah daripada rakyat kepada PM,” katanya pada Sidang Media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan Baginda untuk menubuhkan RCI, di Istana Negara, pada Rabu.

Serahan memorandum disampaikan Wan Saiful kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim.

Dalam pada itu katanya, RCI wajar ditubuhkan bagi memastikan ketelusan siasatan isu berkenaan demi kepentingan rakyat.

“Bagi saya, saya rasa RCI satu perkara yang wajar ditubuhkan, kalau kita nak harapkan pihak eksekutif menyiasat kes ini, kita kena sedar, bahawa yang nama-nama yang disebut dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), merupakan nama-nama yang berpengaruh dalam badan eksekutif hari ini.

“Kita agak bimbang sekiranya siasatan dijalankan di peringkat eksekutif sahaja, ada tangan-tangan ghaib yang akan menganggu dan menyebabkan siasatan itu diragui kewibawaan,” katanya.

Isu LCS menjadi perhatian ramai apabila PAC, baru-baru ini, mengumumkan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek berkenaan selepas dua tahun disiasat.

Rumusan berkenaan, termasuk kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

PAC dalam laporannya berhubung projek itu turut memaklumkan kajian daya maju (due diligence) yang dilakukan kerajaan terhadap syarikat BNS untuk pembinaan lima kapal LCS TLDM gagal mengesan masalah kewangan syarikat itu.

Ia dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu. – SB