Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tuntutan palsu:Kadi direman 4 hari -

Tuntutan palsu:Kadi direman 4 hari

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG pegawai kanan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) direman empat hari kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu, dua tahun lalu.

Majistret R. Salini membenarkan suspek berpangkat kadi daerah direman bermula hari ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Menurut sumber, suspek yang berusia 51 tahun itu ditahan kerana mengemukakan tuntutan palsu ke Bahagian Kewangan Pejabat Kadi Daerah berkenaan bagi bulan Oktober 2020 berkaitan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri.

Tertuduh dikatakan membuat tuntutan menaiki kenderaan persendirian sedangkan beliau menghadiri program anjuran JAINJ dengan menggunakan kenderaan jabatan.

Terdahulu suspek tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pukul 8.30 pagi dengan berpakaian lokap sambil diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – SB