Arab Saudi kemuka permohonan rasmi jadi tuan rumah sukan musim sejuk Asia

0
286

ARAB  Saudi pada Rabu menyerahkan permohonan rasmi untuk menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-10, lapor Xinhua.

Permohonan itu dikemukakan Jawatankuasa Olimpik & Paralimpik Arab Saudi kepada Majlis Olimpik Asia, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Andai diluluskan, Arab Saudi bakal menjadi negara pertama di Asia barat yang menganjurkan acara itu sejak pelancarannya pada 1986, selepas Jepun, China, Korea Selatan dan Kazakhstan.

Pejabat Eksekutif Majlis Olimpik Asia akan mengadakan pertemuan di Kemboja pada Oktober sebelum mengadakan Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia bagi menyemak permohonan itu.

Lebih 32 negara dan wilayah di Asia dijangka mengambil bahagian dalam temasya itu.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here