Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Serpihan roket China lintas ruang udara Malaysia -

Serpihan roket China lintas ruang udara Malaysia

SERPIHAN roket Long March 5B milik China dikesan melintasi ruang udara Malaysia di beberapa kawasan termasuk sekitar Sarawak, hari ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan, hari ini memaklumkan pemantauan secara berterusan pihaknya menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) serta kenyataan oleh Agensi Angkasa China mendapati kemasukan semula serpihan roket berkenaan ke ruang udara Bumi dikesan jam 12.55 tengah malam tadi waktu Malaysia.

“Serpihan roket berkenaan sudah terbakar semasa memasuki ruang udara Bumi dan pergerakan serpihan itu turut melintasi ruang udara Malaysia yang dikesan di beberapa kawasan termasuk sekitar Sarawak.

“Sisa serpihan itu direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.1 darjah Utara dan longitud 119.0 darjah Timur, hari ini,” katanya lapor Harian Metro.