Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Disambar buaya ketika memancing, mayat wanita ditemui -

Disambar buaya ketika memancing, mayat wanita ditemui

MAYAT wanita yang dilaporkan disambar buaya di Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan, Sandakan sudah ditemui hari ini.

Mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR), 6.35 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pada awal pagi tadi penduduk kampung yang turut menyertai SAR terdengar pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan bomba.

“Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna.

“Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya,” katanya, lapor Harian Metro.

Mengulas lanjut, selepas ditemui, mayat mangsa dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa disambar buaya ketika memancing di tebing sungai Kinabatangan, 3.40 petang semalam.

Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan ibunya daripada disambar buaya.