Pelancaran PN Terengganu, Muhyiddin terharu sokongan lebih 10,000 rakyat

0
352

KEHADIRAN lebih 10,000 individu pada majlis pelancaran Perikatan Nasional (PN) Terengganu di Masjid Ruslia, Marang semalam adalah bukti penerimaan rakyat kepada PN dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau merasa terharu apabila melihat orang ramai membanjiri kawasan Masjid Ruslia sehingga melimpah ke kawasan yang tidak berkhemah.

“Alhamdulillah, Majlis Pelancaran PN Negeri Terengganu berlangsung dalam suasana meriah dan mendapat sambutan hangat.

“Kehadiran orang ramai sehingga melimpah ruah ke kawasan luar khemah utama mengingatkan saya kepada permandangan yang sama ketika Majlis Pelancaran PN Johor dan Kelantan” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menganggap kemeriahan itu sebagai satu babak baru dalam sejarah politik negara dan rakyat menerima gabungan PN untuk mengemudi Malaysia ke arah kemajuan dan kemakmuran.

“Ini adalah satu lembaran baharu dalam politik tanah air dan menjadi petanda penerimaan rakyat terhadap gabungan parti dalam PN.

“Kehadiran kepimpinan tertinggi peringkat nasional dan negeri pada majlis ini juga membuktikan PN sudah bersedia untuk menjadi satu tawaran baharu kepada rakyat bagi menjadikan Malaysia lebih maju dan makmur,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Muhyiddin turut menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Perhubungan PN negeri kepada Menteri Besar Terengganu YAB Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan ketua-ketua perhubungan kawasan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan Pas Negeri di bawah pimpinan Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar, Datuk Dr Ahmad Samsuri selaku Pengerusi PN Terengganu yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan cemerlang.

“Tahniah dan syabas juga kepada Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) negeri di bawah pimpinan Datuk Razali Idris yang bekerja keras dalam menjayakan majlis bersejarah ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here