Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dipukul dengan kayu selepas tegur remaja buang air kecil -

Dipukul dengan kayu selepas tegur remaja buang air kecil

HANYA kerana menegur seorang remaja membuang air kecil di jalan keluar sebuah flat di bawah Flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas, semalam, seorang lelaki dipukul lelaki berkenaan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya dalam satu kenyataan memberitahu, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa menegur suspek yang berusia 19 tahun kerana membuang air kecil berhampiran kon yang diletakkan di kawasan jalan keluar flat.

“Mangsa yang melihat perkara itu telah meminta suspek menyiram semula kawasan yang terkena air kencingnya. Suspek kemudiannya beredar dari lokasi tersebut.

“Beberapa minit selepas itu suspek datang semula dan terus memukul mangsa dengan sebatang kayu.

“Siasatan mendapati, mangsa dipukul dengan menggunakan sebatang kayu sepanjang 45.7 sentimeter (cm). Mangsa telah mengalami luka dan berdarah di bahagian kepala sebelah kiri.

“Suspek kemudiannya berjaya ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” kata kenyataan itu sebagaimana dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Dalam kes berlainan, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Barat Daya menahan 17 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun kerana disyaki terlibat dalam kesalahan dadah.

Menurut kenyataan berkenaan, kesemua tangkapan dilakukan di sekitar kawasan Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung dengan bantuan anggota dari balai-balai yang terlibat.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai dan merampas dadah disyaki jenis heroin, syabu, ganja dan cecair mitragynine.

“Hasil ujian saringan air kencing, enam daripada tangkapan didapati positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.