Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sisa buangan tidak diurus dengan baik, 2 kilang proses ikan dikompaun RM10,000 -

Sisa buangan tidak diurus dengan baik, 2 kilang proses ikan dikompaun RM10,000

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

JABATAN Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada dua buah kilang memproses ikan di Butterworth semalam selepas didapati gagal menguruskan sisa buangan terjadual.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pemeriksaan ke atas kilang-kilang itu dibuat ekoran aduan bau busuk yang diterima daripada penduduk Taman Limbungan Indah.

Katanya, penduduk mendakwa bau busuk itu mungkin berpunca daripada operasi yang dijalankan oleh kilang mengetin ikan di Limbungan Chain Ferry yang terletak tidak jauh dari kejiranan mereka.

Bau busuk berpunca daripada operasi dijalankan kilang mengetin ikan di Limbungan Chain Ferry yang terletak tidak jauh dari penempatan

“Siasatan JAS Pulau Pinang pada hari sama kemudian mendapati aduan penduduk berkenaan adalah berasas dan jarak antara kejiranan penduduk dengan premis kilang itu hanyalah sekitar 30 meter sahaja.

“Justeru, operasi kilang memproses ikan berkenaan pastinya akan memberi kesan bau apabila angin bertiup ke arah kawasan perumahan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua kilang tersebut dikompaun mengikut Peraturan Buangan Terjadual 2005.

kedua-dua kilang tersebut dikompaun mengikut Peraturan Buangan Terjadual 2005

Ujar beliau, Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 juga diambil supaya pihak kilang mengambil tindakan segera bagi mengawal pencemaran bau tersebut. – SB