Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Najib, Anwar undang campur tangan asing dalam politik negara – Chegu Bard -

Najib, Anwar undang campur tangan asing dalam politik negara – Chegu Bard

SATU laporan polis dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan kedua-duanya telah mengundang campur tangan asing dalam urusan politik negara.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard dalam laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Rabu mendakwa laporan itu dibuat pihaknya berdasarkan pendedahan bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang didakwa telah dibenarkan masuk ke Malaysia secara sulit.

“Sebagai Timbalan Presiden Indonesia sudah tentu setiap perjalanannya melibatkan agensi risikan Indonesia.

“Perkara ini didedahkan sendiri oleh Jusuf Kalla dalam satu wawancara di Metro TV Indonesia yang mana beliau menyatakan secara khusus penglibatannya menjadi orang tengah sehingga mewujudkan perjanjian bertulis antara Anwar dan Najib,”

Beliau berkata sedemikian ketika sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa laporan polis tersebut dibuat bagi mendesak semua agensi keselamatan negara mengambil serius dan menyiasat segera perkara tersebut.

“Sikap ahli politik Najib dan Anwar telah meletakkan negara dalam risiko tinggi,” katanya.