Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes edar dadah: Pemandu peribadi terlepas tali gantung -

Kes edar dadah: Pemandu peribadi terlepas tali gantung

SEORANG pemandu peribadi dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan mengedar 47 kilogram ganja, lima tahun lepas.

Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.

Nur Azimuddin Md Noor, 42, yang berasal dari Pulau Pinang itu didakwa mengedar 47.76 kg ganja di Parkir Basement, Vanda Business Park, Jalan Sungai Dua dekat sini pada kira-kira 11.30 malam, 3 Feb, 2017.

Nur Azimuddin, yang diwakili peguam Abd Rahim Mohamed dan R. Dev Chander, didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Mohd Radzi berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen jagaan, kawalan dan pengetahuan berhubung pemilikan dadah berkenaan oleh tertuduh.

Mahkamah juga mendapati berlakunya percanggahan dalam keterangan saksi-saksi penting pihak pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memanggil seramai 11 saksi memberi keterangan sejak 1 Nov 2021.