Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wanita maut, dipercayai dilanggar semasa melintas Lebuhraya Persekutuan -

Wanita maut, dipercayai dilanggar semasa melintas Lebuhraya Persekutuan

SEORANG wanita maut selepas dipercayai dilanggar sewaktu dia melintas jalan di Kilometer (KM) 7 Lebuhraya Persekutuan di sini tengah malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian langgar lari pada pukul 12.11 tengah malam itu dipercayai berlaku ketika wanita berumur 33 tahun yang melintas jalan di laluan dari Kuala Lumpur menghala Klang di lebuh raya berkenaan, dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan jenisnya.

“Wanita yang berpakaian serba warna hitam itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, dan mayat telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami dengan menelefon 011-31215697 bagi membantu siasatan. –Bernama