Pemimpin UMNO perlu faham fakta – Annuar

0
370

MEMORANDUM Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bukan ditandatangani di antara parti dengan parti, kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, MoU itu yang dimeterai pada 13 September 2021 itu dimuktamad di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, walaupun UMNO berhak membuat keputusan untuk tidak menyambung MoU itu, namun parti terbabit tetap perlu faham fakta berkenaan.

“MoU sedia ada bukan membabitkan antara parti dengan parti tetapi antara Perdana Menteri dan PH. UMNO tidak terkait dengan itu tetapi ada keputusan di peringkat UMNO, eloklah itu,” katanya pada sidang media di Parlimen, pada Khamis memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, iaitu keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu memutuskan tiada lagi lanjutan terhadap MoU di antara kerajaan dan PH.

Pada masa sama, Annuar berkata, MoU itu termaktub terpakai sehingga pembubaran Parlimen ke-14 yang tidak akan diusulkan sebelum 31 Julai ini.

Katanya, tarikh pembubaran terbabit masih berkuat kuasa dan tiada keperluan bagi MoU baharu.

“MoU itu tidak mempunyai tarikh tutupnya dan ia masih ada terpulang untuk semak semula. Namun, ia masih kekal berkuat kuasa sebelum 31 Julai.

“Namun selepas 31 Julai, ia terpulang kepada Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, beliau menyifatkan tiada keperluan bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri buat masa ini kerana tumpuan perlu diberikan bagi menyeleasaikan masalah rakyat yang menghadapi kenaikan harga barang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here