TAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan perbincangan dua hala Malaysia-Bangladesh dengan Menteri Luar Bangladesh, Dr A. K. Abdul Momen di Kuala Lumpur hari ini ini.
Dalam catatan melalui Facebook beliau, Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, mereka berbincang terutama kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, pendidikan dan tenaga kerja.
“Saya menjelaskan kepada Dr A. K. Abdul Momen mengenai proses pemulihan negara pasca pandemik yang sedang berjalan dan antara kekangan utama yang dihadapi oleh sektor industri terutama SME di negara ini ialah kekurangan tenaga kerja,’’ katanya selepas menerima kunjungan hormat Dr A.K Abdul Momen.
Muhyiddin berkata, Dr.A.K Abdul Momen memberi jaminan bahawa Bangladesh bersedia membekalkan tenaga kerja yang diperlukan oleh Malaysia susulan MOU yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Bangladesh pada 19 Disember 2021.
“Proses penghantaran tenaga kerja Bangladesh ke negara ini sedang berada di peringkat akhir tertakluk kepada beberapa perkara yang sedang dimuktamadkan oleh kedua-kedua pihak,’’ katanya.
Mengenai isu kebajikan pekerja asing di Malaysia yang dibangkitkan oleh Dr A.K. Abdul Momen, Muhyiddin berkata, beliaumemberi jaminan bahawa hak dan kebajikan mereka adalah terjamin mengikut lunas undang-undang negara ini.
“Dalam pertemuan ini juga, beliau mengalu-alukan syarikat dari Malaysia untuk melabur dalam pelbagai sektor ekonomi di Bangladesh terutamanya bidang pertanian yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan,’’ katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.