Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada keperluan ketatkan semula SOP Covid-19 setakat ini - Khairy -

Tiada keperluan ketatkan semula SOP Covid-19 setakat ini – Khairy

Setakat ini, tiada keperluan untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan itu menegaskan, sebaliknya cukup sekadar memberi peringatan kepada orang ramai untuk mematuhi SOP sedia ada termasuk pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup.

“Namun demikian jika kes semakin meningkat, maka perlu kerajaan buat keputusan pertimbangan untuk perketatkan lagi SOP atau tidak. “Tetapi saya harap pematuhan rakyat secara sukarela terhadap kawalan kendiri dapat dimantapkan tanpa perlu apa-apa paksaan dan penguatkuasaan melalui undang-undang yang dipakai selama dua tahun lepas,” katanya pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Khairy (BN-Rembau) menjawab soalan tambahan Sabri Azit (Pas-Jerai) yang bertanyakan adakah kerajaan akan mengetatkan semula SOP bagi mengurangkan kes COVID-19, khususnya di kawasan tumpuan orang ramai, lapor Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Khairy berkata sejak April lalu KKM tidak lagi mengeluarkan sebarang notis kompaun atas kesalahan melanggar SOP selaras dengan peralihan negara ke fasa endemik.

Sebaliknya, katanya penekanan adalah kepada penguatkuasaan yang bersifat pendidikan.

“Ada beberapa sebab, pertamanya kita berpendapat bahawa dalam tahun ketiga pandemik ini tidak perlu lagi kita menghukum melalui kompaun dan sebagainya kepada mereka yang tidak mematuhi.

“Kedua, pegawai-pegawai yang diturunkan kuuasa oleh Menteri Kesihatan bagi Akta 342 pun sudah tidak ada lagi.

“Hanya (yang mempunyai kuasa mengeluarkan kompaun) adalah pegawai KKM ketika ini. Polis, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya tidak lagi ada kuasa mengikut undang-undang untuk mengeluarkan kompaun kepada individu yang tidak memakai pelitup muka dan sebagainya,” tambah Khairy.