Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Benarkan guru agama, kaunselor melawat tahanan - CENTHRA -

Benarkan guru agama, kaunselor melawat tahanan – CENTHRA

PUSAT Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) meminta polis membenarkan guru agama atau kaunselor melawat tahanan di lokap-lokap.

Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin, tindakan itu perlu berikutan peningkatan kes kematian tahanan ketika dalam tahanan.

Tambahnya, dengan kebenaran itu membolehkan pegawai berkaitan sama ada dari masjid atau rumah ibadat agama lain melakukan lawatan berkala sekali gus membolehkan tahanan atau pusat tahanan menjadi ‘fasiliti angkat’ oleh pihak berkenaan.

“Langkah ini membolehkan keadaan tahanan dan kemudahan pusat tahanan sentiasa dapat dipantau.

“Ini kemudiannya akan membolehkan tahanan dibekalkan peralatan kebersihan diri dan lain-lain kemudahan diperlukan,” katanya dalam kenyataan susulan lawatan badan bukan kerajaan tersebut ke lokap polis Shah Alam minggu lalu.

“Kami amat prihatian dengan angka membimbangkan berkaitan kes tahanan meninggal dunia ketika dalam tahanan dan ingin menyumbang sebagai pihak bebas dalam mengenal pasti masalah yang mungkin wujud yang menjadi punca kepada tragedi tersebut.

“Kami berterima kasih kepada polis atas kepercayaan mereka dalam memberikan kebenaran kepada kami melakukan tinjauan di pusat tahanan Shah Alam dan menerima pandangan daripada kami,” katanya.

Polis sebelum ini mendedahkan sebanyak 19 kes tahanan meninggal dunia ketika dalam tahanan sejak Januari tahun ini.

Mengenai keadaan lokap Shah Alam, beliau mengakui kemudahan tersebut lebih baik daripada jangkaan awal, namun masih terdapat ruang penambahbaikan khususnya dalam soal kebersihan.