Suspek bunuh suami direman tujuh hari

SEORANG suri rumah yang ditahan selepas dipercayai memukul suaminya hingga maut di Taman Daya pada Jumaat ditahan reman tujuh hari sehingga 22 Julai depan.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Melody Woon Sze Mun.

Wanita berusia 36 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi diiringi polis, lapor Astro AWANI.

Semalam seorang lelaki ditemukan maut di kediamannya dipercayai dipukul isterinya di tingkat 3, blok 14, Flat Nipah di Taman Daya.

Mangsa, Lee Ming How, 44, ditemukan dalam keadaan terbaring.