Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemandu treler bebas dengan jaminan polis -

Pemandu treler bebas dengan jaminan polis

PEMANDU treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan empat beranak di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, pada Rabu dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 34 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya berakhir pada Sabtu.

Menurutnya, kes siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan lanjut.

“Suspek telah diberi jaminan polis pada jam 10.45 pagi manakala kita akan merujuk kertas siasatan kepada PPN,” katanya ketika dihubungi di sini.

Khamis lalu, lelaki itu direman selama tiga hari bagi membolehkan siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, empat beranak yang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam nahas tujuh kenderaan termasuk sebuah treler.

Mangsa yang maut merupakan pesara polis, Koperal Rahim Ramli, 60, bersama isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak perempuan mereka, Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27,lapor Sinar Harian.