Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dakwaan warga emas cabul kanak-kanak disahkan polis tidak benar -

Dakwaan warga emas cabul kanak-kanak disahkan polis tidak benar

POLIS mengesahkan dakwaan terdapat kejadian cabul kanak-kanak perempuan melibatkan seorang warga emas di Taman Semilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang melibatkan warga emas seperti yang tular di media sosial Facebook adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima dua laporan yang dibuat suspek sendiri yang menafikan dakwaan tersebut selain siasatan lanjut yang dijalankan polis.

Jelasnya, hasil siasatan lanjut mendapati lelaki warga tempatan berusia 80 tahun itu tinggal di Taman Semilang, Seberang Jaya.

“Keterangan lanjut daripada saksi-saksi kemudian mengesahkan suspek telah nyanyuk dan tidak boleh berkomunikasi dengan baik selain tinggal di taman (perumahan) yang sama dengan kanak-kanak terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook dakwaan terdapat seorang lelaki yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak perempuan.

Dalam hantaran tersebut, penulis mendakwa suspek memegang bahagian dada dan kemaluan mangsa selain menasihatkan semua pihak berhati-hati dengan lelaki tersebut yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsanya.

Perkongsian tular di laman media sosial Facebook menunjukkan seorang warga tua seakan melakukan amang seksual terhadap seorang perempuan

Sementara itu, Cheng San berkata, ibu kepada kanak-kanak terbabit juga telah diambil keterangan dan wanita tersebut memaklumkan lelaki berkenaan dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Katanya, wanita itu juga telah mengesahkan perkara yang tular itu tidak benar dan menafikan suspek melakukan perkara tidak senonoh terhadap anaknya.

“Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak terus menularkan perkara ini kerana boleh menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan kepada masyarakat khususnya yang tinggal di Seberang Jaya,” katanya.

Tegas beliau, tindakan menularkan (viral) sesuatu maklumat daripada sumber yang tidak sahih dan sah merupakan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, ujarnya, boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.