WANITA yang didakwa menghina Islam dengan menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan komedi berdiri akan didakwa di mahkamah.
Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin berkata wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.
FMT melaporkan, seorang lagi individu yang dipercayai teman lelakinya akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.