Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
19 maut tembakan rambang di dua bar -

19 maut tembakan rambang di dua bar

SEKURANG-kurangnya 19 orang terbunuh dalam dua insiden tembakan rambang di Afrika Selatan.

Menurut Suruhanjaya Polis Wilayah Gauteng, Elias Mawela, dalam kejadian pertama, sekumpulan lelaki bersenjatakan senapang dan pistol melepaskan tembakan di sebuah bar di Orlando East, Soweto awal pagi Ahad menyebabkan 15 individu maut manakala sembilan lagi cedera.

“Daripada kedudukan kelongsong peluru di tempat kejadian, boleh disumpulkan insiden ini merupakan tembakan rambang,” katanya, lapor Astro AWANI.

Polis turut mengesahkan kejadian kedua yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam pada Sabtu waktu tempatan, di sebuah bar di Pietermaritzburg, 500 kilometer di selatan Soweto, Afrika Selatan, yang mengorbankan empat nyawa dan mencederakan lapan lagi.

Siasatan awal menunjukkan tiada kaitan antara kedua-dua kejadian dan kesemua suspek berjaya melarikan diri.

Siasatan masih dijalankan bagi menentukan berapa suspek yang terlibat dalam kedua-dua insiden dan motif kejadian.

Mangsa yang cedera turut dibawa ke Hospital Chris Hani Baragwanath untuk menerima rawatan.

Menurut Mawela, terdapat kejadian ketiga dipercayai kejadian samun di sebuah bar di Katlehong, berdekatan Johannesburg yang berlaku pada Khamis.

Dalam insiden itu dua pengunjung maut manakala dua lagi cedera.