Tiga maut, empat parah kereta bertembung di SKVE

0
325

TIGA lelaki warga asing maut manakala tiga lagi lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan cedera parah dalam kemalangan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sekitar Pulau Carey, malam tadi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.42 malam dan apabila tiba di lokasi kemalangan, didapati terdapat sebuah kereta Toyota Unser dan sebuah Honda HR-V bertembung yang mengakibatkan tujuh mangsa tersepit. 

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada 12.16 tengah malam dengan tiga daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata kesemua warga asing itu menaiki Toyota Unser dan didapati mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala lelaki tempatan berkenaan memandu Honda HR-V.

Katanya tiga mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, seorang lagi dibawa ke Hospital Banting manakala tiga yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here