Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bakal haji dapat visa furada diingatkan guna khidmat PJH berlesen dengan TH sahaja -

Bakal haji dapat visa furada diingatkan guna khidmat PJH berlesen dengan TH sahaja

BAKAL haji yang mendapat Visa Furada dinasihat menggunakan perkhidmatan disediakan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH) sahaja dan berwaspada dengan pakej ditawarkan agensi pelancongan yang tidak dilesenkan.

Menurut TH bagi musim Haji 1443H/2022M, sebanyak 22 syarikat pelancongan tempatan dilantik untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi mengurus pemergian jemaah haji ke Tanah Suci.

“TH ingin memaklumkan bahawa permohonan visa haji selain kuota rasmi Malaysia adalah hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.

“TH sentiasa mengambil berat akan kebajikan para bakal haji dan khuatir dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej haji kepada umat Islam negara ini,” demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Agensi pengurusan haji itu turut memberi peringatan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Seramai 14,306 jemaah Malaysia menunaikan haji pada tahun ini selepas dua tahun terpaksa ditangguhkan susulan penularan wabak COVID-19.