Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada kematian akibat banjir di Baling – KPD -

Tiada kematian akibat banjir di Baling – KPD

ORANG ramai terutama pengguna media sosial diingatkan tidak menyebarkan dan mempercayai berita-berita palsu mengenai kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di kawasan Kampung Iboi dan beberapa kampung sekitar Kupang, Baling, Kedah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitenden Shamsudin Mamat memaklumkan, ia termasuk berita yang ditularkan mengenai kematian seorang mangsa akibat bencana berkenaan.

Tambahnya, setakat ini hanya tiga mangsa dilaporkan hilang selepas satu laporan dibuat pada petang Isnin selain dua mangsa disahkan mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Baling.

“Saya berharap kepada orang ramai (untuk) tidak menyebarkan perkara yang tidak betul berkenaan kejadian ini.

“Saya difahamkan ada berita (atau cerita di media sosial) melaporkan (satu) mayat telah dijumpai, itu tidak benar sama sekali,” katanya, lapor Astro AWANI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Kupang awal pagi Selasa.

Selain itu, beliau turut berkata pihaknya sedang dalam usaha untuk mengesan kedudukan tiga mangsa yang dilaporkan hilang sebelum bencana itu berlaku.

Dalam perkembangan berasingan, Shamsudin memaklumkan bahawa satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri yang akan dipengerusikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang akan diadakan sekitar jam 9 pagi ini.

Ia bertujuan untuk menentukan tindakan selanjutnya bagi membantu mangsa yang terjejas selain menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dilaporkan hilang.