Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Puad gelabah, cuba alih isu perang saudara dalam UMNO - Ashraf Mustaqim -

[VIDEO] Puad gelabah, cuba alih isu perang saudara dalam UMNO – Ashraf Mustaqim

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sepatutnya menjaga tepi kain parti sendiri yang kini dilanda perang saudara daripada menabur fitnah kepada pemimpin Bersatu.

Ketua Penerangan Armada Bersatu, Mohd. Ashraf Mustaqim berkata, tindakan mereka-reka cerita itu tidak kena dengan status Puad sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Katanya, UMNO yang kini dalam keadaan berpecah belah semakin terdesak dan menghadapi realiti pahit apabila kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri daripada parti itu seolah-olah tiada penyelesaian kepada masalah semasa yang sedang dihadapi rakyat.

“Mereka turut rasa tergugat apabila cadangan-cadangan yang lebih baik dikemukakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

“Jadi, kenyataan-kenyataan sebegitu adalah permainan UMNO untuk alihkan pandangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi SatuBerita pada Selasa.

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini mendakwa Muhyiddin menamakan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai timbalan perdana menteri dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam hantaran itu Puad turut membuat spekulasi berhubung pelantikan pengganti Datuk Zuraida Kamaruddin.

Mohd Ashraf berkata, berbanding melancarkan serangan ke atas orang lain, Puad sepatutnya sedar akan kedudukan UMNO yang sedang berkuasa di peringkat pusat adalah atas ihsan Perikatan Nasional (PN).

“Bercakap berkenaan dengan pencalonan TPM pun, kalau kita lihat dari segi mandat sehingga penubuhan Perikatan Nasional, UMNO sedang berdiri atas ihsan Bersatu.

“Mereka ada peluang untuk menebus kesalahan mereka juga atas ihsan Bersatu.

“Mereka yang kini sedang ada kuasa, tidak mampu keluarkan cadangan-cadangan yang baik seperti Muhyiddin dalam usaha pemulihan negara, mereka cuba mulakan pergolakan politik. Padahal realitinya tiada apa-apa masalah pun,” ulasnya.

Menurut Mohd. Ashraf berkata, secara peribadi dia melihat tiada masalah sekiranya Muhyiddin benar-benar ingin mencalonkan Ahmad Faizal sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kalau kata Muhyiddin mahu menamakan Faizal Azumu sebagai Timbalan Perdana Menteri, itu hak Bersatu. Apa salahnya?

“Jadi tiada isu. Puad Zarkashi ni nak menggelabah apa? Kamu sendiri pun berdiri atas ihsan orang lain.

“Inilah UMNO nak berpolitik 24 jam itu sahajalah kerja UMNO, rakyat mereka tidak pandang,” ujarnya.