OPR dijangka naik, netizen bimbang pinjaman perumahan naik lagi

0
279

PADA Rabu ini Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sekurang-kurangnya 25 mata asas (bps) kenaikan pertama berturut-turut dalam tempoh lebih sedekad.

Menurut laporan MalaysiaKini, kenaikan tersebut bertujuan untuk mengekang inflasi sebahagiannya berpunca daripada ringgit yang lebih lemah apabila Rizab Amerika Syarikat (AS) meningkat secara agresif.

Tinjauan SatuBerita di sosial media mendapati warganet tidak berpuas hati dengan berita tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Sherril Driesen berkata rakyat akan berasa tekanan sekiranya kadar OPR dinaikkan.

“Rakyat sudah merasai tekanan yang besar, lambat laun, orang ramai tidak mampu untuk membeli lagi rumah dan sebagainya kerana bank tidak akan meluluskan permohonan pinjaman mereka,” katanya.

Pada masa sama, Jasmi Yusoff juga meluahkan kebimbangan sama berkenaan harga sewa rumah.

“Maksudnya bayaran pinjaman rumah saya akan bertambah lagi, terima kasih pihak berkaitan,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Vinod Greig menjangkakan kadar ansuran pinjaman rumah akan meningkat berkali-kali sehingga tiada rakyat mampu membeli rumah.

“Malah 0.25% boleh menyebabkan kenaikan kira-kira RM40-RM400 setiap kenaikan. Bayangkan jika kenaikan itu berlaku beberapa kali seperti yang dijangkakan,” katanya.

Selain itu, harga barang keperluan yang meningkat baru-baru ini seperti tiada kawalan dan antara perkara terburuk pernah berlaku buat Majdan Abdul Rahman.

“Kadar (Bank Negara) sudah naik beberapa kali, tiada kawalan dengan harga barang naik lagi, memang terburuk dalam sejarah,” luahnya sambil menasihatkan rakyat untuk membuat pilihan tepat dalam pemilihan pemerintah negara.

Di laman sosial media Twitter, @kushfein terkejut dengan berita kenaikan OPR susulan peningkatan harga barang asas baru-baru ini.

Beliau meluahkan setelah harga barang asas seperti telur, ayam, minyak masak meningkat kadar OPR pula ingin meningkat, waktu yang tidak sesuai untuk menaikkan kadar tersebut. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here