Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes cacar monyet menular sehingga 3 kali ganda di Eropah -

Kes cacar monyet menular sehingga 3 kali ganda di Eropah

KES cacar monyet direkod meningkat tiga kali ganda di Eropah dalam tempoh dua minggu lalu.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Hans Kluge menegaskan inisiatif perlu ditingkatkan bagi mencegah penyakit tersebut walaupun agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada minggu lalu memutuskan wabak yang semakin memuncak itu belum diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global.

“Tindakan segera dan terkoordinasi adalah mustahak jika kita ingin meredakan peningkatan (kes), sekali gus menangani penularan penyakit ini,” kata Dr Kluge, lapor Astro AWANI.

Dr Kluge menambah jumlah jangkitan di Eropah mewakili kira-kira 90 peratus daripada jumlah global, di mana kes melibatkan 31 negara di rantau Eropah telah dikenal pasti.

Dalam pada itu, di Afrika, pihak berkuasa kesihatan menyifatkan wabak yang semakin berleluasa itu sebagai kecemasan.

Justeru, mereka menyeru negara kaya untuk berkongsi bekalan vaksin yang terhad bagi mengelakkan masalah ekuiti yang dilihat semasa pandemik COVID-19.

Vaksin utama yang digunakan terhadap cacar monyet pada asalnya dibangunkan untuk penyakit cacar.

Agensi Ubat Eropah sebelum ini memaklumkan pihaknya mula menilai sama ada ia perlu dibenarkan untuk kegunaan cacar monyet.

Dalam pada itu, WHO berkata, bekalan vaksin yang dihasilkan oleh Bavarian Nordic, adalah sangat terhad.

Kini, terdapat kira-kira 1,800 kes cacar monyet disyaki di Afrika, termasuk lebih 70 kematian direkodkan namun hanya 109 kes yang disahkan oleh pihak makmal.

Selain itu, lebih 5,000 kes cacar monyet dilaporkan melibatkan 51 negara di seluruh dunia.